Penumpang Malindo ke KK 11 Sept sila hubungi Bilik Gerakan Covid-19
Para penumpang Malindo Air, pesawat OD1008 iaitu penerbangan dari ibu negara ke Kota Kinabalu pada 11 September lalu diminta menghubungi bilik Gerakan Covid-1, Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Sabah.
Penumpang yang terbabit adalah mereka yang duduk di barisan kerusi 30 hingga 33.
Sabah kini menjadi negeri yang mempunyai bilangan positif Covid-19 tinggi akibat penularan kluster-kluster baru di sana.
Mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di talian 088-726352.
Dipercayai salah seorang penumpang pesawat tersebut didapati positif Covid-19.
Juga digalakkan semua penumpang pesawat tersebut mengambil langkah-langkah sepatutnya dan sekiranya terdapat gejala segera mendapatkan rawatan.