Jangan Salah Pilih… 1 Undi Untuk Warisan Sama Dengan 1 Undi Untuk Dap

Pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diingatkan agar tidak tersalah pilih dalam menentukan pemimpin kerana setiap satu undi yang diberikan kepada Parti Warisan bermakna adalah menyokong Dap yang selama ini amat dominan menguasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), tegas calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N71 Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy.

Katanya, selama PH memerintah, Menteri Kewangan dari Dap tak habis-habis mengatakan negara bankrap, negara tak ada duit dan macam-macam lagi.

“Bayangkan kalau PH masih memerintah apatah lagi ketika pandemik COVID-19 melanda… agak-agak adakah kita akan dapat bantuan sebagaimana kerajaan hari ini berikan?

“Apa yang dijaja Parti Warisan… katanya BN parti dari Semenanjung, jangan sokong BN kerana BN mahu jajah Sabah tapi dari mana asal parti Dap dan PKR? Kalau kita tak boleh bekerjasama dengan BN bagaimana pula mereka dengan Dap dan PKR… adakah parti itu dari Semporna?

“Menteri pelancongan PH pula hanya ketawa-ketawa saja dan pandang ringan berkaitan masalah COVID-19, maka bayangkan jika masih mereka yang berkuasa tentunya negara hancur,” bidasnya lagi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Kalabakan berkata demikian dalam ucapan ketika program Ziarah Kasih Calon BN Dun Tanjung Batu di Kampung Keramat Asli, PDM Keramat malam tadi.

Sehubungan itu, Andi menggesa agar pengundi tidak persia-siakan masa hadapan yang berada di tangan mereka.

“Umum sedia maklum sekarang ini adalah masa untuk pilih wakil rakyat yang baru dengan PRN, rakyat mempunyai mandat, ada kuasa dan boleh pilih siapa yang akan memimpin kita tapi lima tahun akan menjadi pertaruhan maka pastinya kita tak mahu tersilap… tak mahu tersalah pangkah.

“Selama ini di bawah kerajaan Warisan, berapa banyak ketidakbolehan mereka mentadbir terserlah dan kita boleh menilai kerajaan mana yang lebih baik dan yang lebih cekap maka dengan ini saya rayu buatlah keputusan yang bijak dan tepat.

“Apabila tahu mereka tak boleh mentadbir maka kenapa nak pilih mereka lagi… masalah-masalah kecil pun tak boleh diselesaikan maka apa lagi masalah yang besar dan jika soal parit di kampung pun tak ditunaikan bagaimana mereka mahu bangunkan ekonomi negeri?”

Jelasnya, kelemahan Warisan sepanjang 27 bulan memerintah amat terserlah.

“Berapa banyak pembangunan yang dibuat… yang ada hanya tertumpu kepada satu daerah saja… kenapa semuanya hanya dari satu daerah itu saja… adakah tak ada orang yang bijak dari daerah lain?

“Ini semuanya adalah kerana kuasa politik yang mengakibatkan banyak perkara tersekat, terbantut dan pembangunan yang mesti diteruskan juga tidak dapat dilaksanakan. Patutnya ini semua tidak berlaku dan kerajaan mesti telus tanpa utamakan satu daerah saja.”

Sehubungan itu katanya, perlunya untuk pengundi memilih calon BN sebagai jambatan kepada pemerintahan pusat kerana sudah pasti rakyat mahukan kerajaan yang selari dengan kerajaan pusat juga.

“Ini adalah untuk kebaikan dari kerajaan pusat turun yang tentunya akan diberikan kepada kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri dipimpin oleh pembangkang tentulah susah nak dapat apa-apa bantuan kerana tidak selari dari sudut pentadbirannya. Maka undilah BN.

“Apabila keadaan politik tak stabil maka pelabur susah masuk, ekonomi tak berkembang dan terjadilah projek-projek terbengkalai, kerja-kera terhenti dan banyak masalah lain timbul, jadi kita mesti menang dengan besar dan dengan baik untuk masa hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online

https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=AUQnxuHenaM&feature=emb_logo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker