BN Tiada Dana, Warisan Yang Pancing Undi Gunakan Wang

Barisan Nasional Sabah yang menjadi pembangkang sejak 2 tahun lalu tidak lagi mempunyai dana yang banyak malah kebanyakkan akaun juga dibekukan.

Sehubungan itu adalah mustahil untuk kempen BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini BN mampu menggunakan wang yang banyak dalam memancing undi pengundi.

BACA JUGA
Warisan Bahagian Libaran Bersama Penyokong Keluar Parti Sertai BN
6 Manifesto DUN Karamunting Fokus Tingkatkan Sektor Ekonomi
Malah tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, BN Sabah juga tidak mempunyai banyak wang seperti yang dimiliki parti Warisan kerana katanya Warisan yang didapati memberi sejumlah wang kepada pengundi di kawasannya.

“Saya juga mendapat tahu ada wakil parti Warisan yang pergi dari rumah ke rumah dan memberikan RM50 kepada pengundi di kawasan saya supaya mengundi parti yang mentadbir kerajaan negeri sekarang.

“Mereka (wakil Warisan) juga memberi jaminan bahawa penduduk di Kinabatangan juga akan diberikan tanah jika terus mengundi parti Warisan pada PRN akan datang.

“Kalau calon BN mereka tiada wang untuk diberikan kecuali komitmen dan keyakinan kepada rakyat bahawa Warisan sudah gagal mentadbir Sabah selama lebih 26 bulan menjadi kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu Bung Moktar menjelaskan manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, antara akan dijadikan aku janji semua parti komponen BN dan PN yang bertandingan dalam PRN kali ini.

“Walaupun ada sedikit pertembungan dalam gabungan BN dan PN namun itu tidak menggambarkan kita tidak bersatu atau sepakat. Biasalah semua parti bertanding menganggap mereka ada kekuatan masing-masing dan calon yang baik.

“Sebab itulah saya cakapkan dalam ucapan kesungguhan parti politik yang beranggapan mereka boleh menang menyebabkan mereka beramai-ramai mahu menjadi calon.

“Saya tidak kisah mana-mana parti BN atau PN menang janji mereka bukan Warisan akan memberikan kelebihan kepada gabungan kita.

“BN punya pendirian bahawa kita tidak akan menamakan mana-mana calon sebagai ketua menteri selagi GRS tidak berjaya mendapat majoriti mudah dan boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu,” katanya. BN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker