PKR hanya jaga Anwar yang rakus mahu jadi PM – Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Katanya, PKR merupakan parti yang tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya berlandaskan perjuangan Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Sebagai salah seorang bekas pemimpin PKR, setelah 20 tahun di dalamnya kini beliau yakin PKR tidak memiliki calon yang layak menjadi wakil rakyat.

“Hari ini, saya datang nak bagi tahu tuan-tuan dan puan-puan tolak PKR. PKR pun tidak ada calon, saya tidak kenal calon ini, saya yang bina PKR dengan Anwar.



“Dia (Anwar) duduk dalam penjara pun sebab masalah dia, saya yang bina parti saya yang pergi jalan raya, berkempen dia duduk penjara dia keluar nak jadi presiden.

“Hari-hari cerita “bila aku nak jadi Perdana Menteri,” cukuplah 20 tahun nak cakap pasal satu orang, kita nak bincang pasal rakyat masalah ekonomi bina negara majukan negara.

“Sekarang tidak ada siapa nak jadi calon PKR sebab ini parti yang tidak mengangkat suara rakyat tidak membela rakyat tapi hanya menjaga kepentingan seorang yang rakus,” katanya ketika melawat Bilik Gerakan PBS, PDM Tamparuli, Jalan Perumahan Kionsom Baru, Tuaran.

Justeru beliau menyeru pengundi Tamparuli menolak calon PKR di DUN berkenaan iaitu, Alijus Sipil dan menyokong calon PBS, Datuk Jahid Jahim. MG



Related Articles

2 Comments

  1. I believe it is time for Malaysians to forget people like Azmin and his likes. Seriously the country now do not need people of this nature. What the country need are citizens who can bind the people together to strengthen the nation. We do not need idiots to manage the country now and in future. Those politicians who feel they fall into the category of BIG TIME IDIOTS …go disappear now! Malaysia seriously DO NOT NEED YOU NOW!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker