‘Kerajaan PH, Warisan Sangat Kejam Dan Saya Salah Seorang Mangsa’

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memang kejam!

Itulah luahan salah seorang calon yang menjadi mangsa kekejaman ketika zaman pemerintahan PH.

“Saya adalah mangsa dan bukti kekejaman dan ketidakadilan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Manifesto mereka menjanjikan peluang pekerjaan tetapi bila dapat kuasa, sebaliknya yang terjadi,” ujar calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Hazulizah Md Dani.

Beliau adalah antara kakitangan kerajaan yang dibuang kerja selepas PH mengambil alih tampuk pimpinan negara.

Kerana itu jelas Hazulizah, rakyat Sabah harus menjadikan ini contoh terbaik untuk menolak Warisan/PH dalam PRN Sabah pada 26 September ini.

“PH ketika itu tidak pernah memikirkan nasib mereka yang dibuang kerja, ada yang mengalami bankrap dan menghadapi pelbagai masalah kewangan. Inilah salah satu kezaliman PH kepada rakyat.

“Seharusnya apabila diberi mandat, mereka tidak melihat warna politik kerana apa yang perlu mereka lakukan adalah berkhidmat kepada rakyat tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Jadi, saya rasa, rakyat dan pengundi di Sabah sudah tahu buat penilaian yang mana baik dan buruk,” katanya memetik laporan UMNO-Online.

Tambah Hazulizah, apa yang pasti sehingga hari ini BN adalah yang terbaik dalam mentadbir kerajaan, walaupun tidak sempurna namun BN sentiasa membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik.

“Jadi, sudah semestinya pengundi di PRN Sabah, perlu menolak Warisan/PH. Kenapa? Lihat sahaja apa yang berlaku di Batu Sapi, mangsa kontena (mangsa kebakaran pada tahun 2018) sudah lebih dua tahun tiada pembelaan, peruntukan yang diluluskan ditarik balik, contoh pembinaan masjid yang memakan kos RM2 juta.

“Kenapa tidak Warisan pertahankan sebab itu untuk kepentingan orang Islam dan banyak lagi peruntukan yang telah dilulus ditarik balik.

“Saya rasa, perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi walau tampuk kerajaan bertukar. Di manakah pembelaan kerajaan Warisan ini kepada rakyat sebenarya?,” bidas beliau lagi. BN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker