Covid-19 : 62 kes baru hari ini

Kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini meningkat dengan 62 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 61 kes melibatkan penularan tempatan dan satu kes import.

Kes tertinggi di Sabah 60 kes termasuk 48 dari Kluster Benteng LD dengan empat kes petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu.

Kedah dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan satu kes.

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD, KLUSTER PULAU DAN KLUSTER SUNGAI

1) Kluster Benteng LD

Terdapat 48 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 472 kes. Sehingga 16 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,247 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Lahad Datu (1,531 disaring):
141 kes dikesan positif COVID-19 (48 kes baharu);
1,306 individu negatif; dan
84 individu menunggu keputusan.
Tawau (5,716 disaring);
331 kes dikesan positif COVID-19;
2,764 individu negatif; dan
2,621 individu menunggu keputusan.
Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

1,379 banduan dan tahanan di mana 429 kes dikesan positif COVID-19;
1,156 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 10 kes dikesan positif COVID-19;
1,251 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 10 dikesan positif COVID-19;
994 pegawai agensi kerajaan lain, tiada dikesan positif COVID-19; dan
2,467 kontak sosial di mana 23 kes dikesan positif COVID-19.
Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 472 kes positif COVID-19, 214 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 258 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

Filipina (167 kes); dan
Indonesia (91 kes).

2) Kluster Pulau

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 10 kes yang melibatkan sembilan (9) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara. Sehingga 16 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 193 individu telah disaring dalam kluster ini yang melibatkan 171 warganegara Malaysia dan 22 bukan warganegara. Pecahan saringan adalah seperti berikut:

10 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
17 individu negatif; dan
166 individu masih menunggu keputusan.
3) Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 59 kes. Sehingga 16 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 19,809 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

19,648 disaring):
kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
individu negatif; dan
individu masih menunggu keputusan.
Pulau Pinang (136 disaring):
135 individu negatif; dan
Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
Perlis (25 disaring):
Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
18 individu negatif; dan
Enam (6) individu masih menunggu keputusan.
Jumlah saringan bagi kluster ini adalah termasuk 711 petugas kesihatan, di mana seramai 20 dikesan positif COVID-19.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi ketiga-tiga kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker