Warisan Main Politik Kotor Fitnah PAS Membuta Tuli Walau Tidak Bertanding

PAS menyifatkan fitnah terhadap mereka yang tular di laman sosial “rakyat sabah rugi tidak masuk syurga kerana PAS tidak bertanding” adalah mainan politik kotor pihak tidak bertanggungjawab.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, sejak kebelakangan ini bermacam tohmahan timbul di media sosial dan tidak kurang juga dikalangan penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) yang secara membuta tuli menyerang PAS.

Menurut Sahar, pelbagai tomahan, tidak kurang juga fitnah melampau yang dilemparkan walaupun mereka tahu PAS tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Antaranya yang disebut dalam media sosial itu ialah seolah olah rakyat Sabah rugi tidak dapat syurga kerana PAS tidak bertanding, ini adalah fitnah kerana PAS tidak pernah menjanjikan setiap orang yang mengundi PAS akan mendapat syurga.

“Ini adalah mainan politik kotor yang cuba mereka lemparkan kepada PAS supaya masyarakat Sabah menjauhi PAS dan tidak mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum akan datang bahkan untuk tidak menyokong PAS,” katanya.

Jelas Sahar, tindakan mereka yang menabur fitnah seperti ini jelas menunjukkan mereka kehilangan modal politik untuk menidakkan kekuatan PAS, kerana mereka tahu PAS tidak mempunyai isu yang perlu diserang.

INI ADALAH SEBARAN FITNAH WARISAN

Bagaimanapun, Sahar yakin rakyat Sabah termasuk mereka yang bukan muslim tidak akan termakan dengan fitnah seperti ini kerana mereka suda tahu tentang politik yang dibawa oleh PAS.

Sahar berkata, PAS mengingatkan kepada pelayar pelayar media sosial atau sesiapa sahaja agar tidak sewenang wenangnya melemparkan fitnah yang dipercayai akan memakan dan merugikan diri sendiri.

Dalam pada itu Sahar juga berkata, berkaitan dengan calon calon yang bertanding di mana mana kerusi khususnya calon calon Barisan Nasional termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, PAS akan terus menyokong penuh.

Sahar berkata, PAS akan terus menyokong penuh kerjasama dengan Muafakat Nasional, samaada peringkat pusat atau peringkat negeri dalam mana mana pilihan raya. BN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker