PRN Sabah: Hujan lebat, bekalan elektrik terputus, SOP terabai

KOTA KINABALU: Kempen pilihan raya Parti Liberal Demokratik (LDP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Inanam tergendala susulan hujan lebat dan terputus bekalan elektrik.
Ceramah pada malam Isnin itu yang sepatutnya disampaikan Tan Sri Chong Kah Kiat selaku calon terpaksa ditangguh dan penyokong serta sebilangan penduduk di Kampung Kitobu bersesak di bawah khemah.
Pematuhan penjarakan sosial terpaksa diabaikan susulan keadaan cuaca dan terputus bekalan elektrik.
Kempen hari kedua bekas ketua menteri sabah itu turut disertai calon di kerusi DUN N.16 Karambunai, Datuk Seri Marajoh Unding.
Tempoh tamat berkempen bagi semua parti bertanding sepanjang PRN negeri Sabah telah ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu pada jam 10.00 malam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker