Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau RM300

PRN SABAH | Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak pengundi Sabah menghentikan kuasa politik wang pada Pilihan Raya

Negeri (PRN) Sabah ke-16 ini.

Mohd Shafie berkata pilihan raya adalah platform untuk rakyat menentukan kerajaan dipilih dengan menggunakan hak mengundi dan membuang budaya politik wang.

“Pengundi tidak akan kaya dengan duit diberi RM200 atau RM300, tidak mampu beli kereta, tidak cukup bina banglo, pengundi ada maruah dan penentu masa

depan anak-anak Sabah,” katanya pada majlis bersama calon-calon Warisan bertemu rakyat di Tawau hari ini.

Menurutnya, undi adalah hak rakyat dan undi tidak seharusnya dijual.

“Undi kamu punya, tangan kamu yang mengundi, jangan jual undi,” katanya.

Menurut Mohd Shafie, PRN ini cukup penting untuk rakyat menentukan masa depan Sabah.

Pada PRN ini, Mohd Shafie menghadapi pertandingan lima penjuru dalam mempertahankan kerusi DUN Senallang.

– Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker