Mat Sabu merujuk kepada DAP untuk keputusan parti – Husam Musa

Share

ANTARA bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan PAS dalam persada politik negara adalah Husam Musa.

Sejurus gagal mempertahankan jawatan Naib Presidennya, Husam mengekori gerombolan pengkhianat dalam PAS untuk menubuhkan PAN dengan dorongan dan ‘endorsement’ kuat DAP.

Kelantan ketika itu kononnya bakal dirampas dari PAS dengan pengaruh Husam. Sahabat saya penulis kontroversi Mohd Sayuti Omar atau MSO berhujah dan meratib saban hari bahawa PAS bakal kecundang di Kelantan dan Husam ‘hero’-nya.


Namun itu semua tinggal sejarah. PAN dikuburkan tanpa satu kerusi pun sama ada Parlimen ataupun DUN bukan sahaja di Kelantan malah melarat hingga Terengganu iaitu kawasan ‘Malaybelt’ di Semenanjung sekali gus memberi isyarat rakyat di Pantai Timur ‘enbloc’ menolak PAN.

Kini ada laporan Husam letak jawatan meninggalkan parti ‘oren’ itu. Menurut portal The Malaysian Insight Husam dilaporkan menyalahkan Presiden PAN Mohamad Sabu di atas kegagalan PAN.

Mat kata Husam bersifat sebagai diktator dan membuat keputusan tanpa berunding dengan pimpinan lain. Desakkan beliau untuk diadakan mesyuarat biro politik untuk membincangkan strategi parti tidak pernah diendahkan Mat.


Yang paling menarik Husam mendakwa:

“Mat sebaliknya dilihat lebih senang merujuk kepada DAP untuk berkongsi masalah dan membuat keputusan parti.”

Malah beliau turut mendakwa:

“Mat merasakan pengundi Cina adalah segalanya sebab itu apabila ada pergolakan berlaku dalam PAN beliau tidak rujuk dekat kawan dalam parti tapi rujuk pada DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anthony Loke.”

Menarik pendedahan ini yang mengesahkan bahawa PAN adalah parti ‘one man show’ yang dikendalikan Mat Sabu dengan bimbingan dan dorongan kuat DAP. Apa agenda Islam PAN, selain tafsiran dan kehendak DAP belaka. Husam kini lemas dan ramai lagi dalam PAN yang telah dan bakal lemas dan dijangka berenang ke tepian.


Menarik pantun Tuan Guru Presiden PAS semasa menutup Muktamar PAS semalam:

Awan menurun hujan rahmat,
Rahmat datang membawa wadah,
Siapa berundur tidak selamat,
Baiahnya datang membawa padah.

Rahmat datang membawa wadah,
Wadah diisi sepenuh kolah,
Baiahnya datang membawa padah, 
Baiah dikhianat dilaknat Allah.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

Leave a Reply