Masalah Air Semakin Teruk Sejak Warisan Pegang Kerajaan 2 Tahun Lalu

Masalah bekalan air bersih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas menjadi lebih teruk dalam tempoh dua tahun kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah negeri itu.

Penyandang kerusi Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, rakyat banyak mengadu kepadanya bahawa kekerapan “mati air” semakin teruk berbanding sebelum ini ketika Barisan Nasional (BN) masih menjadi kerajaan di negeri ini.

“Isu keperluan asas inilah yang menjadi keluhan pengundi Apas sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini semasa saya bertemu rakyat… Mereka juga menuntut keadaan ekonomi yang lebih stabil di negeri kita ini,” katanya.

Tambahnya, sepanjang 3 hari berkempen sejak penamaan calon Sabtu lepas, beliau menerima maklumbalas rakyat yang mahu berubah daripada kerajaan Warisan kerana tidak tahan menanggung beban dan keperitan hidup tanpa bekalan air selama 2 tahun.

Nizam berharap rakyat akan menterjemahkan kata-kata sokongan mereka menerusi peti undi dengan memangkah calon PN dan BN menjelang hari pengundian 26 September depan bagi menjamin kerajaan negeri “seiring dan sejalan” dengan Kerajaan Persekutuan.

“Apabila PN ambil-alih kerajaan, isu-isu penting seperti kemudahan infrastruktur akan dapat kita atasi sebaik-baiknya,” katanya selepas sesi walkabout di Pasar Tanjung Tawau pada Isnin.

Beliau ditemani isterinya, Datin Wahida Mardiana Norsalim.

Menurutnya, jentera kempennya menggunakan kaedah menyantuni secara terus para pengundinya, selain mempergiatkan platform media sosial kerana akur dengan SOP ditetapkan susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah ini.

“Dalam situasi Covid19 ini, kita tidak boleh bergerak secara besar-besaran. Kita akur dengan arahan pihak berkuasa,” katanya yang mengakui sokongan terhadap PN dilihat semakin memberangsangkan. BN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker