Covid-19 : 23 kes baru hari ini

Sebanyak 13 kes Covid-19 dicatatkan di Sabah termasuk 8 dari kluster baharu, iaitu kluster Pulau daripada jumlah keseluruhan 23 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes, 13 adalah jangkitan tempatan dan 10 import.

Manakala, tidak ada kes baharu di Kedah hari ini.

Terkini #COVID19Malaysia 15 Sept 2020
Kes sembuh=6
Jumlah kes sembuh= 9,209
Kes positif= 23
(kes import=10, kes tempatan=13)
Jumlah positif= 9,969
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 128
Kes dirawat di ICU= 14
Bantuan Alat Pernafasan= 4

Terdapat kluster baharu (Kluster Pulau) dilaporkan pada hari ini. 8 kes baharu yang dilaporkan adalah ahli keluarga kepada kes indeks (kes 9940).

128 individu telah disaring. 18 dikesan negatif manakala 101 masih menunggu keputusan.

PERKEMBANGAN SARINGAN COVID-19 DI KAWASAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) SECARA PENTADBIRAN DI KEDAH

1) Kota Setar, Kedah
PKPD secara pentadbiran di Kota Setar telah dilaksanakan dari 11 September 2020 sehingga 25 September 2020 berikutan peningkatan kes COVID-19 dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga. Sehubungan itu, KKM menganggarkan 15,000 individu untuk disaring dari 10 mukim yang telah
dikenalpasti berisiko tinggi iaitu:
• Pumpong
• Alor Merah
• Alor Malai
• Derga
• Kuala Kedah
• Pengkalan Kundor
• Kota Setar
• Langgar
• Titi gajah
• Mergong

Sehingga 15 September 2020, sebanyak 12,885 warganegara Malaysia telah disaring, iaitu 11,757 individu negatif dan 1,128 individu masih menunggu keputusan.

2) Amanjaya, Kedah
Bagi PKPD secara pentadbiran di tiga zon dalam Amanjaya, seramai 13,591 penduduk telah disaring sehingga 15 September 2020, yang terdiri daripada;
• 13,526 wargangara
• 65 bukan warganegara

Daripada jumlah keseluruhan saringan, 16 kes COVID-19 di kalangan warganegara Malaysia telah dikesan, termasuk 13 kes saringan kali kedua di Zon Melur. Susulan itu, PKPD secara pentadbiran di Zon Melur telah dilanjutkan sehingga 27 September bagi membendung penularan COVID19.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker