Isteri peluk anak atas bonet kereta selepas tangkap suami curang

Wanita tersebut duduk di atas bonet kereta sambil memangku anaknya. – Vietnam Post

Sebuah klip video tular di  Vietnam memaparkan seorang wanita duduk di atas bonet sebuah kereta sambil memeluk anaknya selepas ‘menangkap’ suaminya curang bersama perempuan lain, lapor laman berita Vietnam Post.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada 19 Ogos lalu, pertengkaran pasangan suami isteri itu dilihat dan didengari orang ramai  yang lalu-lalang di sebatang jalan yang sibuk.

Menurut perakam video,  wanita berkenaan datang bersama anak perempuannya dari kampung di wilayah Dong Thap ke wilayah Binh Duong demi mencari suaminya.

“Awak melindungi orang lain tetapi adakah awak melindungi isteri sendiri? Disebabkan orang ketiga,  awak tergamak memukul saya sedangkan sudah berapa lama kita saling mengenali? Saya sedia tandatangani surat cerai, namun saya mahu awak  keluar dan berbincang sekarang,” kata wanita berkenaan dalam video tersebut.

Dia kemudian duduk di atas bonet kereta sambil memeluk anaknya, manakala si suami hanya memerhati  dari dalam kenderaan itu apabila dia enggan turun.

Sementara itu,  ketua kawasan Binh Chuan mengesahkan kejadian tersebut dan kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan disahkan pasangan suami isteri.

Menurutnya, si suami membawa kekasih gelapnya ketika si isteri melihat mereka.

“Si isteri mengejar kereta itu bersama anaknya dan menghentikan kereta yang menyebabkan insiden itu berlaku.

“Akhirnya, si suami membuka pintu kereta untuk isteri dan teman wanitanya berbincang.

“Selepas berbincang, tiga beranak itu berlalu dengan menaiki kereta, manakala teman wanitanya keluar dari kenderaan tersebut,” katanya.

Sementara itu, video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Si isteri bertindak demikian bukan untuk memenangi suaminya kembali, sebaliknya mahu mengingatkan lelaki itu siapa insan yang  bersusah payah dan mengorbankan usia remaja  demi keluarga mereka,” kata seorang netizen.

Namun, ada netizen berpendapat bahawa si isteri tidak wajar melibatkan anak mereka dalam pertengkaran kerana akan menimbulkan kesan negatif pada psikologi kanak-kanak tersebut. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker