Syed Saddiq bidas Mahathir, saya bukan hamba Melayu sahaja

Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab kritikan bekas mentornya Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwanya memecahkan undi orang Melayu melalui sebuah parti politik berasaskan anak muda.

Ketika ditemui di Kota Kinabalu semalam, Syed Saddiq berkata dia menghormati Mahathir tetapi tugasnya kini adalah menyatukan semua rakyat Malaysia.

“Saya bukan di sini (dalam politik) untuk hanya menjadi hamba orang Melayu. Saya di sini untuk menjadi hamba bagi semua rakyat Malaysia. Saya bukan di sini hanya untuk menyatukan orang Melayu, tetapi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.



“Saya sangat menghormati (Mahathir). Sebagai orang muda, dengan harapan dan sangat idealis, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian di Malaysia adalah kekuatan kita.

“Sementara dia bercakap mengenai memecahkan undi orang Melayu, kita (sebaliknya) harus menyatukan semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

Syed Saddiq kini sedang mengadakan lawatan ke Sabah untuk bertemu anak-anak muda dan berkempen untuk gabungan Warisan Plus.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mahathir juga mengkritik idea Syed Saddiq mengenai parti yang berasaskan golongan muda kerana akan meminggirkan “orang lama”.



Syed Saddiq bagaimanapun berkata parti baru itu akan “dipimpin oleh ganak muda” dan tidak “eksklusif untuk golongan muda”.

Pada masa katanya, parti itu akan terus berjuang untuk semua rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

Related Articles

2 Comments

  1. Dulu bkn main lg ko sembah atok… Skrg atok pulak yg hentam kau saddiq… Mmg kau bkn hamba org melayu sbb orang melayu dah meluat dgn kau.. Kau tu hamba DAP.. Penjilat tahap teruk kau ni..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker