Sultan Selangor beli Kasut Emas Khalid Jamlus

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Baginda membeli kasut berkenaan pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Sultan Sharafuddin juga berkenan untuk meletakkan trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada 2002 itu di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office pada Isnin berkata, majlis penyerahan Kasut Emas itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Media sebelum ini melaporkan bahawa bekas penyerang kebangsaan itu berhasrat untuk menjual kasut yang dimenanginya 18 tahun lalu selepas mengalami masalah kewangan.

Kehidupan Khalid menjadi semakin sempit kerana tiada pekerjaan.
Khalid juga pernah merangkul Anugerah Kasut Emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid juga melelong pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker