Perikatan Nasional Tidak Berdaftar, Calon PN dalam PRN Sabah harus dibatalkan

Saya telah membuat semakan melalui laman sesawang pendaftar pertubuhan (ROS) berkaitan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) dan saya mendapati tiada rekod ditemui.

Setakat jam 2.22am, 14 September 2020, tiada rekod berkaitan berjaya dipaparkan.

Semakan seterusnya keatas nama “Perikatan Nasional” atau “Prikatan Nasional” turut tidak menemui sebarang rekod daftar.



Melalui makluman media, kononnya permohonan untuk pendaftaran Parti Perikatan Nasional telah dihantar sebelum atau pada 20 Ogos 2020.

Justeru itu saya menggesa Pendaftar Pertubuhan untuk memberikan pencerahan apakah status pendaftaran Parti Perikatan Nasional.

Jika benar Parti Perikatan Nasional masih gagal didaftarkan beerti semua calon-calon yang masuk bertanding pada Pilihanraya Negeri Sabah kali ini diatas bendera Perikatan Nasional haruslah dibatalkan.

Sehubungan itu saya menggesa pendaftar pertubuhan untuk mendedahkan status pendaftaran Parti Perikatan Nasional.



Sekian.

Rujukan Laman Sesawang : https://www.ros.gov.my/index.php?id=2&page_id=19

SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker