Nak Hidup Mewah, Wanita Sanggup Potong Tangan Demi Nak Claim Duit Insurans RM4.9 Juta

Di Ljubljana, Slovenia, seorang wanita tergamak memotong pergelangan tangan kirinya untuk mendapatkan manfaat daripada sebuah syarikat insurans.

Menerusi laporan Sky News, wanita yang dikenali sebagai Julija Adlesicm, bertindak menggunakan mesin pemotong ketika melakukan perbuatan tersebut. Tambahnya, dia mampu meraih 1 juta euro iaitu RM4.9 juta sekiranya dia mengalami kecacatan.

Dihukum penjara dua tahun

Menurut laporan Sky News, Julija Adlesicm telah meminta bantuan kekasih dan bapa kekasihnya untuk memotong pergelangan tangan kirinya. Sebaik sahaja pergelangan tangan tersebut dipotong, Julija segera ke hospital bagi mendapatan rawatan. Sewaktu berada di hospital, dia mendakwa pergelangan tangannya terpotong ketika memotong dahan kayu menggunakan mesin gergaji.

Oleh kerana mengharapkan ganti rugi yang lebih tinggi, dia sanggup meninggalkan pergelangan tangannya itu tanpa membawanya ke hospital. Susulan daripada itu, pihak hospital kemudian menemui pergelangan tangan tersebut sebelum menjahit semula ke tangannya. Kes Julija ini tidak berakhir di hospital bahkan, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan sebelum menahan kesemua mereka yang terlibat.

Ingin mencari kekayaan

Sewaktu perbicaraan, teman lelaki Julija didapati telah membuat carian di Internet mengenai tangan palsu. Tindakan itu menunjukkan perbuatan wanita itu memotong tangan adalah disengajakan. Bagaimanapun, Julija menafikan semua pertuduhan berkenaan.

Hasil pemeriksaan dan bukti yang diperoleh oleh pihak mahkamah, wanita tersebut dipercayai ingin mencari kekayaan. Oleh itu, dia dihukum penjara selama dua tahun kerana dipercayai bersalah melakukan penipuan. Sementara itu, teman lelakinya turut dihukum penjara selama tiga tahun kerana didapati bersubahat dengan kekasihnya. Menurut pihak mahkamah, bapa kekasihnya pernah dihukum penjara selama setahun bagi kesalahan yang sama. OB

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker