Dr Kamarul Yusoff saman Hannah Yeoh

Dr Kamarul Yusoff, pensyarah UUM hari ini mengambil tindakan saman ke atas Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Berikut adalah dari FB Dr Kamarul Yusoff :

Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya menyaman Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang mengecam dan memfitnah saya di dalam posting Facebook beliau hari ini semata-mata kerana saya memuatnaik satu posting yang sekadar bertanya “Tunggang Agama Untuk Menang PRN?” bersama-sama satu poster majlis beliau di Sabah.

Antara lain, kecaman dan fitnah beliau ke atas saya ini adalah berbunyi:

“Sekali lagi pensyarah UUM ini mahu mainkan sentimen politik perkauman dan agama. Ianya jelas dalam pelbagai kenyataan dan tulisannya yang beliau begitu bencikan DAP. Jangan lupa, pensyarah yang sama jugalah yang mengkritik buku saya ‘Becoming Hannah’ dan takut berdepan Tun Mahathir dalam forum anjuran Sinar Harian suatu waktu dulu.”

“Bagi saya inilah satu-satunya ‘modal’ yang masih berbaki untuk dirinya – perkauman dan isu agama – yang telah biasa beliau gunakan di Semenanjung. Malang buat diri beliau, ini adalah Sabah, Negeri Di Bawah Bayu yang begitu meraikan dan menghormati kepelbagaian. Sentimen yang beliau mainkan bukan sahaja tidak diterima di Semenanjung dan kini di Sabah juga.”

Ekoran kecaman dan fitnah ini, para pengikut beliau telah secara bergerombolan membuat pelbagai komen yang mengecam dan memfitnah saya dengan seteruk-teruknya di laman Facebook beliau.

Saya akur dengan nasihat peguam saya dan akan memulakan tindakan perundangan ke atas Hannah Yeoh pada hari ini juga.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker