Covid-19: Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia hampiri angka 29 juta

Share

JUMLAH kumulatif kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 29 juta.

Ini disumbang peningkatan angka jangkitan baharu positif COVID-19 dunia dalam tempoh 24 jam.

Ini diikuti India dengan 4.75 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.31 juta kes.


Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes.

Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Perancis, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Turki, Iraq, Itali, Jerman, Filipina dan Indonesia.


Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 ialah Ukraine, Kanada, Qatar, Bolivia, Ecuador, Kazakhstan dan Mesir.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.-Awani

Leave a Reply