Lelaki hilang di rumah pam ditemui lemas

KUANTAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di rumah pam Sungai Jempol, Jengka 4, Maran ditemukan lemas pada 7.05 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa Mohd Rohaizan Abdullah, 51, ditemukan kira-kira 700 meter dari lokasi motosikalnya dijumpai.

Mangsa yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan beralamat di Felda Ulu Jempol, Maran dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi semalam, sebelum motosikalnya ditemukan di rumah pam itu tengah hari tadi.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Zulfadli berkata pihaknya dimaklumkan seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Emas, Sungai Lembing di sini pada 3.50 petang tadi.

Bagaimanapun identiti mangsa masih tidak dikenal pasti dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) telah diaktifkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker