Tukar balik, kedai makan di Kuala Lumpur boleh buka hingga 2 pagi

Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat selari dengan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis.

“Saya ada berbincang mengenai perkara ini dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A Dahlan sebentar tadi.

“Eloklah beri peluang kepada peniaga yang sudah lama terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tambah pendapatan mereka,” katanya dalam sidang media hari ini.



DBKL sebelum ini memutuskan semua operasi premis perniagaan di Kuala Lumpur masih dikekalkan sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker