Rebut calon ketua menteri tapi PRN kalah – Ismail Sabri

PRN SABAH | Jangan hilang fokus “bergaduh” merebut jawatan ketua menteri Sabah sehingga menjejaskan peluang kemenangan dalam pilihan raya negeri, kata Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

“Jangan kita kecoh gaduh ketua menteri tapi pada akhirnya kita tak menang dalam pilihanraya.

“Yang penting adalah untuk menumbangkan kerajaan Warisan ini dan mengembalikan kerajaan BN beserta dengan rakan-rakan parti yang lain, itu yang penting,”

kata menteri kanan itu pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera BN di Libaran untuk kerusi DUN N50 Gum Gum, N51 Sungai Manila dan N52 Sungai Sibuga.

We cross the (election) bridge first sebelum bincang hal lain,” katanya.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menawarkan Ketua Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor sebagai calon ketua menteri Sabah jika pembangkang negeri menang pilihan raya.

Walau bagaimanapun, kata perdana menteri, bahawa keputusan itu perlu dipersetujui daripada sekutu-sekutu Bersatu

“Mana nak tahu, kalau rakan-rakan kita di PN, BN pun bersetuju, yang terbaik nak kita tawarkan sebagai calon untuk meminpin negeri Sabah, tidak lain tidak ialah Hajiji.

“Ini juga memerlukan persetujuan dari sekutu Bersatu,” katanya di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran sambil disambut sorakan dan tepukan daripada orang ramai.

Kehadiran Muhyiddin bagi membantu kempen Hajiji yang mempertahankan kerusi DUN Sulaman.

Sementara itu, Ismail mengulang pendirian Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa ketua menteri hanya ditentukan selepas keputusan pilihan raya.

“Calon ketua menteri kita tak bincang lagi. Kita perlu memenangi PRN dahulu.

“Presiden Umno dah menjelaskan bahawa untuk Umno sendiripun kita kena pastikan kemenangan dulu baru bincang soal ketua menteri,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker