Bahagian, sayap yang keputusannya digantung, perlu buat pemilihan semula

Bahagian, sayap yang keputusannya digantung, perlu buat pemilihan semula

Mana-mana bahagian termasuk sayap yang berdepan masalah termasuk digantung keputusan, perlu mengadakan semula pemilihan masing-masing.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sudah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad, berhubung perkara itu.

“Bahagian yang ada masalah sebegitu, saya berbincang dengan Pengerusi JPU, Tan Sri Shahrir, sama ada kita batalkan dengan mengadakan pemilihan semula…memang mana-mana parti politik pun ada berlaku begitu (tidak puas hati keputusan dan berlaku kekecohan)

“Bukan ertinya kita menyokong tindakan itu, tidak…ertinya saya sendiri yakin dengan JPU ini dan setiap pemilihan di bahagian ada wakil JPU di sana kerana mereka memantau dan laporan sebenar dihantar kepada JPU Pusat untuk kita lakukan penelitian dan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat petugas media yang membuat liputan keputusan Pemilihan UMNO di Menara Dato Onn di sini, malam ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata setakat ini, tidak lebih lima peratus kes berat dan ringan membabitkan pemilihan parti diterima.

“Jika kes-kes sebegitu memerlukan rujukan daripada Lembaga Disiplin (UMNO), maka Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan dan jika tidak, maka tindakan pembatalan dan diadakan pemilihan semula di tempat itu.

“Setakat ini, tidak lebih lima peratus aduan yang kita terima. Kita berjumpa dengan pengadu dan pihak yang diadu, banyak sudah kita selesaikan, aduan ditarik dan mereka menerima keputusan yang dibuat perwakilan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berpuas hati dengan perjalanan pemilihan parti kali ini.

“Saya puas hati dengan perjalanan pemilihan parti tetapi perlu penelitian dan kita mesti berlaku adil kepada setiap calon dan perwakilan yang hadir. Jadi itu semua akan ditangani oleh JPU,” katanya. BH

Bahagian, sayap yang keputusannya digantung, perlu buat pemilihan semula

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker