Oxford sambung semula percubaan vaksin COVID-19

Share

LONDON, 25 Muharram 1442H, Ahad – Percubaan vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford dan pengeluar ubat Britain, AstraZeneca akan disambung semula.

 Badan Pengawalseliaan Ubat-Ubatan dan Produk Kesihatan UK (MHRA) berkata, percubaan itu tertangguh sejak minggu lalu berikutan mengkaji kesan sampingan yang dilaporkan pada seorang pesakit di UK adan kaitan dengan vaksin berkenaan.

Bagaimanapun, percubaan itu dapat disambung semula setelah sebuah jawatankuasa memeriksa data keselamatan.


“Kira-kira 18,000 individu di seluruh dunia menerima vaksin susulan kajian sebagai sebahagian daripada percubaan itu.

“Dalam percubaan besar seperti ini, kita jangka akan ada sebahagian peserta yang tidak sihat dan setiap kes mesti diteliti untuk memastikan penilaian keselamatan dilakukan dengan sempurna,” kata Universiti Oxford dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, AstraZeneca pula berkata: “Jawatankuasa UK telah menyelesaikan penyelidikannya dan mengesyorkan kepada MHRA bahawa percubaan di UK selamat untuk diteruskan. 


Kadar kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 916,000 dengan 28.5 juta dijangkiti di seluruh dunia.

Sehingga kini berlaku persaingan di seluruh dunia untuk menghasilkan vaksin, dengan 5.7 bilion dos yang sedang dibangunkan sudah ditempah, setakat bulan lalu.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa vaksin bagi imunisasi secara meluas terhadap COVID-19 hanya akan berada di pasaran pada pertengahan tahun depan.-  Agensi


Leave a Reply