Kes bunuh Nurin Jazlin pada 2007 tidak pernah ditutup-PDRM

Kuala Lumpur: Siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin sentiasa aktif dan tidak pernah ditutup.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang memaklumkan bukti penting dalam kes berkenaan sentiasa berada dalam bank data PDRM.

“Kes ini sentiasa aktif, namun PDRM masih belum mendapat apa-apa petunjuk baharu.

“Bagaimanapun, bukti-bukti penting seperti deoxyribonucleic acid (DNA) berhubung kes ini masih berada dalam bank data kami untuk rujukan apabila diperlukan kelak,” katanya dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya tidak pernah menutup kes berkenaan.

“Kami tidak pernah tutup kes itu. Kalau ada petunjuk baharu, kami akan ambil tindakan,” katanya dihubungi, hari ini.

Hari ini, Harian Metro melaporkan perkongsian pengalaman beberapa individu termasuk bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, 47, mengenai kisah mereka sewaktu kehilangannya serta penemuan mayat kanak-kanak berkenaan yang genap berusia 21 tahun semalam, sekiranya masih hidup.

Sebelum ini, media melaporkan Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007.

Mangsa dikatakan dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah van putih.

Pada 17 September 2007, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum keputusan ujian DNA mengesahkan mangsa adalah Nurin Jazlin.-HM

Baca sini : Selamat Hari Lahir Kak Ngah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker