Individu pulang dari Sabah tak dikuarantin, kata Ismail

Share

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menafikan laporan palsu mendakwa individu pulang dari Sabah akan dikuarantin 14 hari.

Beliau berkata, kluster Benteng Lahad Datu hanya membabitkan pendatang asing tanpa izin dan banduan di penjara Tawau.

“Mereka telah terkurung di dalam penjara dan tidak bercampur gaul dengan orang luar penjara.


“Keadaan di Tawau masih terkawal. Seluruh Sabah adalah zon hijau,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Oleh itu, katanya, rakyat selamat pergi balik ke Sabah tanpa dikuarantin.

Hari ini, 45 kes jangkitan tempatan dan 2 kes import Covid-19 dilaporkan, dengan 31 daripada kes itu berlaku di Sabah dan 14 lagi di Kedah.


Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 28 daripada 45 kes jangkitan tempatan itu membabitkan warganegara dan 17 lagi warga asing. FMT

Leave a Reply