Faktor Musa Aman penting untuk politik Sabah, kata pemimpin BN

Selepas tidak mencalonkan Musa Aman untuk pilihan raya negeri Sabah, pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan ketua menteri itu sebagai pemimpin berprinsip.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata, walaupun Musa tidak menyertai PRN kali ini, namun beliau tetap merupakan watak penting dalam politik Negeri Di Bawah Bayu itu.

“Tan Sri Musa yang mencabar kesahihan pembubaran telah ambil langkah berprinsip dengan tidak sertai PRN.

“Namun faktor Tan Sri Musa tetap penting dalam politik Sabah,” katanya menerusi Twitter hari ini

Musa yang sebelum ini mendakwa memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru, sekali gus mencetuskan krisis politik yang membawa kepada PRN akhir bulan ini, tidak muncul di Dewan Serbaguna Libaran, pusat penamaan calon bagi DUN Sungai Manila semalam.

Beliau, yang tidak termasuk dalam senarai calon yang diumumkan oleh pengerusi BN negeri Bung Moktar Radin pada Rabu, berkata, beliau berminat untuk bertanding di kerusi Sungai Manila, di Parlimen Libaran dan merupakan 1 daripada 13 kerusi baru DUN Sabah.

Beberapa jam selepas proses penamaan calon di utup Musa muncul dengan memberi nasihat rakyat Sabah supaya terus menjaga keselamatan diri masing-masing. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker