COVID-19: Singapore Airlines bakal perkenal penerbangan ‘tanpa hala tuju’

Share

UMUM mengetahui penularan wabak COVID-19 memaksa banyak negara ‘mengunci’ pintu sempadan daripada sebarang perjalanan keluar dan masuk, sekali gus menyebabkan tiada sebarang perjalanan rentas sempadan.

Tidak terkecuali, Singapura turut mengambil langkah memperketatkan undang-undang berkenaan perjalanan keluar dan masuk terhadap pendatang asing serta rakyat negaranya.

Pelaksanaan sekatan berkenaan semestinya memberi kesan sektor ekonomi terutamanya sektor penerbangan yang kini hanya mampu beroperasi dengan kadar yang sangat rendah.


Namun, di sebalik semua itu, syarikat penerbangan Singapore Airlines memilih untuk tidak hanya berdiam diri.

Ia dilapor bakal menawarkan penerbangan ‘tanpa hala tuju’ di mana pesawat akan berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Changi.

Lapor portal berita Straits Times, konsep penerbangan unik yang mengambil masa tiga jam setiap kali berlepas itu dijangka mula beroperasi pada akhir Oktober ini.
Namun, sehingga kini, harga tiket penerbangan, kekerapan penerbangan, jenis pesawat dan khidmat yang ditawarkan di dalam kabin tersebut masih belum dipastikan.


Bagaimanapun, Singapore Airlines bukanlah syarikat penerbangan pertama yang menawarkan penerbangan sebegitu.
Syarikat penerbangan swasta Jepun, Nippon Airways turut menawarkan penerbangan tanpa hala tuju itu menggunakan pesawat A380 miliknya.

Turut menawarkan perkhidmatan sama, syarikat penerbangan swasta Taiwan menggunakan pesawat Hello Kitty.
Penerbangan berkenaan mendapat sambutan menggalakkan kerana ia turut memberikan rasa keterujaan orang ramai untuk terbang semula.

Singapore Airlines sememangnya dikenali sebagai ‘money-maker’ dalam sektor pelancongan negara dan pada Ogos lalu, Singapura turut mengumumkan pelan jana ekonomi bagi mempertingkat ekonomi tempatan bernilai RM971.6 juta (SGD$320 juta), serta menawarkan “insentif pelancongan” buat rakyatnya.


Malah, difahamkan, syarikat penerbangan awam itu juga sedang berusaha untuk bekerjasama dengan kerajaan Singapura untuk menarik minat rakyat menggunakan perkhidmatan berkenaan. Awani

Leave a Reply