Filem terbaru ‘James Bond’ gagal tewaskan filem dari China

LONDON: Pembikin filem James Bond dengan siri baharu No Time to Die terkejut dengan kegagalan mereka mengungguli tempat teratas dalam tayangan pecah panggung hujung minggu apabila diatasi filem peperangan China.

Lapor Daily Mail, fiilem The Battle at Lake Changjin me­raih kutipan mengagumkan sebanyak AS$203 juta (RM847 juta) berbanding No Time to Die yang memperoleh AS$119 juta (RM497 juta) dan Venom: Let There Be Carnage dengan AS$90.1 juta (RM376 juta).

Filem selama tiga jam itu mengisahkan mengenai kemenangan China terhadap pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipimpin Amerika Syarikat (AS) ketika Perang Korea.

Beberapa pihak mendakwa kejayaan luar biasa filem itu mungkin disebabkan kerajaan menggalakkan lebih ramai orang menonton wayang di pawagam.

The Battle at Lake Changjin dibintangi oleh pelakon terke­nal, Wu Jing dan bintang pop, Jackson Yee.

Filem pecah panggung itu memaparkan mengenai pembunuhan warga AS dan bersempena ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China.

Ia juga menceritakan kisah Battle of Chosin Reservoir pada tahun 1950 yang mana China mendakwa kemenangan paling penting dalam Perang Korea dan memaksa pengunduran AS.

“Filem itu meraikan mengenai kehidupan, kisah bagaimana seorang pejuang muda sanggup mempertaruhkan semuanya untuk melindungi rakyat dan mempertahankan negara,” kata Wu Jing.

Projek itu mengambil masa selama lima tahun dalam pembangunan skrip dengan soko­ngan kerajaan yang juga membekalkan pelakon tambahan berjumlah 7,000 orang dalam kalangan tentera bagi filem tersebut.

Sementara itu, data dari Ent Group menunjukkan filem tersebut ditonton kira-kira 25.5 juta orang antara Jumaat dan Sabtu lalu dan ditayangkan sebanyak 157,000 kali dalam sehari.

Filem terbaru ‘James Bond’ gagal tewaskan filem dari China


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker