PRN Sabah: Doa Musa Aman buat seluruh rakyat Negeri Di Bawah Bayu

                   Musa mendoakan semoga Sabah berada dalam keadaan selamat. – Gambar Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Selepas tidak muncul pada sesi penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman menitipkan nasihat kepada semua rakyat Sabah.

Dalam satu ciapan di akaun Twitternya pada Sabtu, Musa mengucapkan selamat maju jaya kepada Sabah dan mendoakan semuanya kekal selamat.

“Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat,” tulisnya ringkas.

Musa yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum ini pernah memuat naik dalam akaun Facebooknya seolah-olah memberi bayangan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila.



Bagaimanapun, Ketua Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, nama Musa tiada dalam senarai calon yang akan bertanding dalam PRN Sabah kerana beliau tidak memohon untuk menjadi calon.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker