Indonesia tarik diri sertai Piala Thomas, Uber

SKUAD badminton Indonesia mengambil keputusan untuk menarik diri dari menyertai Piala Thomas/Uber 2020 di Aarhus, Denmark.

Menurut laporan Kompas, keputusan keputusan itu disampaikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Achmad Budiharto.

Hari ini skuad Korea Selatan membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai kejohanan berkenaan kerana bimbang ancaman Covid-19 yang masih berleluasa.

Keputusan Indonesia itu menyaksikan mereka menjadi pasukan pertama kelompok empat terbaik yang menarik diri daripada mengambil bahagian di kejohanan yang akan berlangsung dari 3 hingga 11 Oktober ini.

“Pasukan Indonesia menarik diri daripada menyertai Piala Thomas dan Uber 2020. Kami sudah mengirim surat ke Menpora (Menteri Belia dan Sukan) dan akan segera mengirim pernyataan tertulis ke BWF (Persekutuan Badminton Dunia) mengenai hal ini,” kata Achmad Budiharto.

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas mereka berbincang dengan kami dengan pemain dan pegawai pasukan.-‘HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker