‘Dah la lawa, pandai pula tu Mira Filzah ni’

Tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah atau pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, juga harus diakui antara wanita yang pintar atau boleh disebut sebagai ‘beauty with brain’.

Mira baru saja melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya, Wan Emir Astar, Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala-galanya.

Bagai tampak sempurna perjalanannya memilih haluan seni sekitar tahun 2013 juga membuahkan hasil. Berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh, Perak ini mempunyai pesona dan aura yang bukan calang calang.

Mira pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Jadi dengan apa yang diraih selebriti bertudung itu, tidak hairan dia dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SPM mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini.



Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa Cikgu Fana berkata Mira turut berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik.

“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM.

“Kejayaan cemerlangnya dalam akademik sebelum ini selain posisinya sebagai ikon PTTI juga jelas memberi signifikan bahawa dengan usaha gigih dan ‘smart’ menelaah pelajaran, kejayaan itu pasti mengekori di hadapan kelak.” katanya.



Menurut Cikgu Fana, tidak dinafikan Mira mempunyai aura dan impak besar jadi dengan kejayaan diraihnya sewaktu belajar dan menduduki SPM hingga kini menempa nama sebagai anak seni mampu menjadi ikutan ramai pelajar.

“PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 sudah berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu.” katanya.

PTTI membuka tawaran secara terhad kepada hanya 3,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM di seluruh Malaysia untuk menyertai seminar Last Ultra 100% pada 26 dan 27 September ini. HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker