Pertumbuhan ekonomi 0.5 % Sabah paling buruk di bawah Shafie Apdal

Untuk membasmi kemiskinan kerajaan perlu meningkat pertumbuhan ekonominya.

Di Sabah, pertumbuhan ekonomi pernah mencapai tahap lebih 8 peratus dlm tahun 2017, tetapi jatuh merudum kepada 1.5 peratus dalam tahun 2018 dan terus jatuh lagi kepada 0.5 peratus dalam tahun 2019. Paling teruk sejak 19 tahun lalu. Semua berlaku selepas kerajaan PH mengambil alih.

Bila Covid melanda, pasti keadaan lebih parah kerana sektor pelancongan hampir terencat.

Bila menang, kerajaan PH telah menghentikan banyak projek2 besar BN dulu. Termasuk Pan Borneo Highway, Saluran Paip Gas Kimanis dan Loji Elektrik Sandakan. Ini semua projek berimpak besar dan memberi banyak pekerjaan serta limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan.



Pan Borneo di Sabah lebih besar dari Sarawak. Dari Sipitang hingga ke Tawau. Ia adalah tulang belakang kepada sistem infrastruktur jalanraya negeri Sabah. Sewaktu pembinaan dan selepas pembinaan, lebuhraya tanpa tol ini sepatutnya menjadi asas kekuatan ekonomi negeri Sabah.

Tulang belakang yang rosak boleh melumpuhkan seluruh tubuh badan. Sekali lumpuh, amat sukar membaik pulihnya kembali.

Shabery Cheek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker