KPM perkenal kluster mata pelajaran dalam pengambilan guru secara ‘one-off’

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara “one-off” bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil ikhtisas pendidikan.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, langkah yang diperkenalkan itu bakal memberi peluang lebih luas kepada para graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian.

“Graduan yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster sama.

“Pendekatan yang kita gunakan untuk pertama kali ini akan digunakan untuk pengambilan akan datang juga,” katanya dalam sesi soal jawab pada sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan senator Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang ingin tahu mengenai nasib graduan pendidikan keluaran universiti yang masih tiada peluang untuk ditempatkan di sekolah.

Pada masa sama, Radzi memaklumkan, seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) gred DG41 secara “one-off” telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Sehingga 28 Mac lepas pula, seramai 13,255 guru baharu berjaya ditempatkan ke seluruh negara, manakala baki 515 lagi akan ditempatkan mulai 11 April.

“Berdasarkan status terkini, masih terdapat 4,932 kekosongan jawatan di bawah pengambilan khas ini yang perlu diisi oleh calon yang layak,” katanya menjawab soalan asal Iskandar yang meminta KPM menyatakan status pelantikan guru secara “one-off” yang diumumkan kerajaan.

Dalam pada itu, KPM mendapati wujud kekurangan bilangan graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan bagi subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

Radzi bagaimanapun berkata, KPM komited untuk berusaha mencari bekalan guru yang mempunyai ikhtisas dua subjek kritikal berkenaan.

“Banyak senarai mata pelajaran yang tidak ada bekalan mencukupi dalam pasaran graduan, namun yang paling kritikal adalah yang mempunyai ikhtisas pendidikan Bahasa Inggeris.

“Pendidikan Islam juga dalam konteks tertentu amat terhad bagi mereka yang mempunyai ikhtisas dalam subjek itu,” katanya menjawab soalan tambahan senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu mengenai subjek kritikal dalam mengisi jawatan pengambilan guru.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker