Elewsmart tawarkan barangan makan percuma melalui mesin “FoodBank”

Elewsmart menyediakan barangan makanan percuma melalui mesin FoodBank di semua cawangannya. Perkara ini dinyatakan oleh Ustaz Ebit Liew menerusi laman facebook beliau.

Berikut adalah dari Ustaz Ebit Lew :

Doakan ya. FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.



Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat
FoodBank
Take What You Need
Give What You Can



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker