Bukan 3 kerusi tapi 11 kerusi pertembungan antara PN, BN & PBS

Share

Berdasarkan senarai nama calon yang diumumkan semalam, Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi-kerusi terbabit adalah Bengkoka (UMNO/PBS), Telupid (UMNO/ PBS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Tandek (PBS/PBRS), Tulid (PN/PBRS), Sook (PN/PBRS), Kapayan (MCA/PBS), Karamunting (MCA/PBS), Paginatan (UMNO/PN) dan Tanjung Aru (UMNO/PBS).

Secara keseluruhannya, PN yang terdiri daripada Bersatu, STAR dan SAPP, akan bertanding 29 kerusi, PBS 15 kerusi, manakala BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan PBRS pula 40 kerusi.


PRN Sabah mempunyai 73 kerusi untuk ditandingi dengan hari pencalonan telah ditetapkan pada Sabtu manakala hari mengundi pada 26 Sept.

PN, BN dan PBS, akan menggunakan simbol masing-masing pada PRN ini.

Sementara itu Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP dan Amanah, akan bertanding di 54 kerusi dan UPKO (14), menjadikan jumlah keseluruhan 68 kerusi. PKR masih belum mengumumkan kerusi yang akan mereka tandingi.


Warisan, UPKO dan PKR juga akan menggunakan logo masing-masing dalam PRN ini.

– Bernama

Leave a Reply