Anak lapor polis bapa membunuh

Share

Seorang lelaki ditahan polis semalam selepas didapati membunuh seorang wanita warga Indonesia di sebuah rumah tidak bernombor dalam kebun durian di Taman Bertam Impian,Melaka,hasil laporan yang dibuat anaknya sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pihaknya menerima laporan anak lelaki suspek itu semalam sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan di lokasi membolehkan polis menemui mayat tidak sempurna yang dibungkus dalam plastik di sebuah bilik bahagian belakang rumah kosong itu, pada 10.47 malam.


Katanya, pemeriksaan forensik mendapati mayat wanita berkenaan dalam keadaan tidak sempurna kerana bahagian lutut kaki dipotong, selain ada kesan kelar di leher.

“Susulan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan lelaki berusia 54 tahun dan hasil leading to discovery, suspek menunjukkan lokasi mayat serta senjata yang digunakan.

“Suspek juga menunjukkan sebilah parang panjang yang diletakkan di dapur, dipercayai senjata digunakan untuk membunuh si mati,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Leave a Reply