Abang Zizie Ezette mengaku salah ambil dadah

Abang kepada seorang pelakon lelaki popular didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memberikan kepada diri sendiri dadah jenis ekstasi pada Mac lalu.

Samzy Fuzette A Samad, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis 3,4-methyl​enedioxy​methamphetamine (MDMA) yang disenaraikan di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kira-kira jam 3 pagi di sebuah pusat hiburan di sini, pada 7 Mac lalu.

Selain hukuman denda, mahkamah turut memerintahkan Samzy Fuzette menjalani pengawasan dengan melaporkan diri di balai polis berhampiran selama tempoh dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah sementara Samzy Fuzette tidak diwakili peguam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker