14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

Share

Gempar seluruh Malaysia sejak dua hari apabila Malaysia mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 mencecah tiga angka. Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang membayangkan sekiranya Malaysia sekali lagi terpaksa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berdasarkan laporan, salah seorang individu yang disahkan positif COVID-19 menerusi kluster Sungai baru sahaja melawati 14 lokasi di Langkawi pada minggu lalu. Individu tersebut telah berada di Pulau Langkawi pada 5 September dan telah meninggalkan pulau tersebut pada keesokan harinya pada 6 September.

Menerusi kes terbaru yang disahkan, pihak kesihatan telah mulai menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap individu rapat yang berada di kawasan berkenaan bermula jam 2 petang ini.


Selain itu, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mohd Lutpiyudin telah mulai melawati 14 lokasi yang terlibat serta meminta individu yang berada di kawasan berkenaan untuk memberi kerjasama dalam menjalani ujian saringan COVID-19.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak panik dan diharap dapat terus mengikuti SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Pemilik hotel, premis serta tempat tumpuan pelancongan juga dinasihatkan untuk terus merekodkan maklumat pengunjung.

Diharap orang ramai juga dapat elakkan daripada berkongsi maklumat palsu mengenai kes COVID-19 yang berlaku daripada kluster Sungai. Vocket


Leave a Reply