‘Sayang, I Mungkin Bintang Paling Popular Tapi..’, Ucapan Sweet Mira Filzah Bikin Cair, Bersemut!

Share

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Wan Emir Astar. Majlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Tampil cantik dengan busana serba putih rekaan Rizman Ruzaini dan solekan natural daripada Yna Sakinah, Mira Filzah dilihat tersenyum sipu ketika duduk di pelamin bersama suami.

Semoga jodoh berkekalan


Apa yang menarik perhatian adalah ucapan pasangan pengantin ini selesai akad nikah. Sebagai seorang suami, Wan Emir akan berusaha menjadi yang terbaik untuk isterinya. Dia berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga ke syurga.

Manakala Mira Filzah pula berharap suami akan membimbingnya menjadi seseorang yang lebih baik. Tambahnya, Mira mungkin Bintang Paling Popular tetapi Mira mempunyai banyak kekurangan, tabiat yang tidak baik dan tidak sentiasa lemah lembut.

Bersemut!


Di ruangan komen, peminat meluahkan rasa gembira dengan penyatuan dua hati ini. Menyifatkan pasangan ini sangat serasi seperti pinang dibelah dua, mereka berdoa semoga kekal bahagia selamanya.

Leave a Reply