Wanita melacur di WhatsApp demi besarkan anak

Wanita melacur di WhatsApp demi besarkan anak

MELAKA – Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menjalankan aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di sebuah hotel, minggu lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Rohayu Yusof, 39, yang mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.



Berdasarkan kertas pertuduhan, ibu kepada tiga cahaya mata itu dituduh mencari langganan bagi maksud persundalan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9.40 malam di bilik sebuah hotel di Jalan Laksamana Cheng Ho dalam daerah Melaka Tengah pada 11 Januari 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah, Melaka Tengah susulan maklumat, pemerhatian dan penyamaran sebagai pelanggan di hotel berkenaan.



Polis turut merampas antaranya lima keping kondom, minyak pelincir, tisu, tuala, dan wang tunai RM150 disyaki hasil kegiatan pelacuran.

Peguam Nuradzlyn Sharmine Azrin Sham yang mewakili tertuduh merayu hukuman denda minimum diberikan dengan alasan anak guamnya telah insaf.

Dia turut memberitahu tertuduh terpaksa melakukan perbuatan itu atas faktor kesempitan hidup untuk membesarkan tiga anak berusia 13, sembilan dan empat tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Haqim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.



Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar. K Online

Wanita melacur di WhatsApp demi besarkan anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker