Parti Anifah bertanding 70 daripada 73 kerusi

Share

Parti Anifah bertanding 70 daripada 73 kerusi pada pilihan raya negeri Sabah kali ini.

Parti Cinta Sabah yang diketuai Anifah Aman, bekas menteri dan juga adik kepada bekas ketua menteri Musa Aman, mengumumkan ia akan bertanding 70 daripada 73 kerusi pada pilihan raya negeri.

Anifah, yang merupakan presiden parti, akan bertanding di Bongawan. Beliau dijangka bertembung dengan calon Warisan dan Umno.


PCS, yang sebelum ini dikenali sebagai parti etnik Kadazan-Dusun-Murut, kini tampil sebagai wadah berbilang kaum.

Ia sebelum ini diketuai bekas timbalan ketua menteri, Wilfred Bumburing.

Leave a Reply