Diskaun bil elektrik RM1.67b

TENAGA Nasional Bhd memberi diskaun ke atas bil elektrik berjumlah RM1.67 bilion kepada tujuh juta pengguna domestik sehingga 31 Ogos lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, 83 peratus dimanfaatkan oleh pengguna domestik.

“Bagi sektor komersial, sebanyak RM181.7 juta diskaun bil elektrik yang meliputi 17 peratus daripada jumlah keseluruhan diberikan kepada 1.4 juta syarikat,” katanya dalam laporan Laksana ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (Penjana) yang dikeluarkan, semalam.

Ia bertujuan meringankan beban rakyat Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dilaksanakan bagi tempoh antara 1 April lalu hingga 30 September ini.

Tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus manakala 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.

Seramai 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh pula menerima diskaun 15 peratus.

Kerajaan juga memutuskan memberi diskaun dua peratus kepada semua pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian spesifik serta pengguna domestik bagi penggunaan elektrik pada tempoh itu.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker