Covid-19 : 45 kes baru hari ini

Sebanyak 45 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 40 daripadanya di Sabah.

Perkembangan ini diumumkan pada hari parti politik mengumumkan calon masing-masing yang akan bertanding pada pilihan raya negeri Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melaporkan ketika ini seramai 333 pesakit sedang dirawat di seluruh negara.

Seramai 9 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 5 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, seramai 24 pesakit dilaporkan sembuh. Jumlah kematian kekal 128 orang kerana tiada kematian dilaporkan.

Terkini #COVID19Malaysia 10 Sept 2020
Kes sembuh=24
Jumlah kes sembuh= 9,167
Kes positif= 45
(kes import=1, kes tempatan=44)
Jumlah positif= 9,628
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 128
Kes dirawat di ICU= 9
Bantuan Alat Pernafasan= 5

PERINCIAN KES BAHARU (45)

SELANGOR-1
1 WN pulang dari Brazil

SABAH-40
7 WN Kluster Benteng LD
33 BWN Kluster Benteng LD

KEDAH-4
2 WN Kluster Telaga
1 WN Kluster Sungai
1 WN saringan bergejala

Satu kes baharu (generasi 1) dikesan dalam Kluster Sungai.

1,585 telah disaring
40 positif
1,063 negatif
482 masih menunggu keputusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker