Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik

IPOH: Dua lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di gerai burger di Taman Bercham Raya di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar pukul 1.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang awam menghubungi Balai Polis Tambun bagi memaklumkan kejadian tersebut.



Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati dua lelaki berusia 30 dan 14 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai burger berkenaan.

“Kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa merupakan pekerja di kedai burger tersebut dan dipercayai terkena renjatan elektrik semasa bekerja,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.



“Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker