Siasatan seleweng dana OKU: SPRM tahan pemimpin Umno Perak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang timbalan ketua bahagian Umno di Perak berhubung dakwaan menyeleweng dana hampir RM800,000 milik sebuah persatuan orang kelainan upaya (OKU).

Lelaki itu merupakan pengerusi persatuan itu, selain merupakan ahli majlis di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak.

Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan bahawa ahli politik berusia 61 tahun itu ditahan pada 3 September lalu.

Fauzi berkata SPRM menerima laporan bahawa suspek didakwa memindahkan wang dari akaun persatuan ke akaun peribadinya.



“Dia didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk menyeleweng dana persatuan.

“SPRM sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Fauzi menafikan bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti politik suspek. Mkini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker