PRN Sarawak dan PRU15 mungkin dijalankan serentak

Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak mungkin akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Itu bayangan yang diberikan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Jelasnya, ini bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan Pusat tanpa ada perselisihan kerusi.

“Saya berpendapat Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dijalankan dalam masa terdekat. Ini bagi memastikan kerusi parlimen terus kukuh dan mudah mendapat majoriti,” kata Abdul Karim.

Tambahnya, sekiranya Parlimen dibubarkan terlebih dahulu, maka kerajaan negeri Sarawak mungkin akan mengambil langkah sama.

Selain itu, Abdul Karim juga memberi bayangan bahawa PRN-12 mungkin akan berlangsung pada hujung tahun ini.

“PRN mungkin akan diadakan tidak lama lagi dan secara peribadi, ia (PRN-12) berkemungkinan akan diadakan pada hujung tahun ini,” tambahnya.

Abdul Karim berkata demikian ketika merasmikan pusat pengurusan baharu Majlis Kraf Sarawak di Kuching pada Rabu. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker