PRN Sabah : STAR ugut keluar PN jika tidak diberi kerusi diminta

PRN Sabah: STAR keluar PN jika tak diberi 18 kerusi – Jeffrey Kitingan

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak teragak-agak untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya tidak mendapat sekurang-kurangnya 15 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Presidennya, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan berkata, perkara itu mengambil kira kehendak rakyat yang mahu parti tempatan menerajui pentadbiran negeri.

“Kami yakin STAR boleh menang banyak kerusi dalam PRN kali ini dan kami bersedia untuk bertanding 15 hingga 18 kerusi jika diberi peluang.

“Tetapi, sekiranya STAR hanya diberi enam atau lapan kerusi, baik kami bertanding sendiri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu beliau antara 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hadir bagi mendengar prosiding rayuan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Dalam pada itu, Jeffrey meminta agar keputusan agihan kerusi yang dilakukan perlu diagih sama rata dengan mengambil kira sentimen rakyat di Sabah.

“Sentimen yang ada ketika ini iaitu parti politik dari Semenanjung mendominasi politik Sabah (dan) perkara itu tidak perlu berulang kerana ini yang rakyat tidak mahu.

“Sebab itu pembahagian kerusi (mengikut parti) perlu diagih secara adil dan sama rata bagi menghormati sentimen kenegerian Sabah.

“Rakyat juga mahu lihat kerusi Barisan Nasional (BN) kurang atau seimbang (dalam PRN Sabah) untuk beri penghormatan kepada parti tempatan,” ujarnya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker