PRN Sabah: PKR berkeras guna lambang sendiri

PKR Sabah tetap akan menggunakan logo sendiri pada pilihan raya negeri akan datang walaupun DAP mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding menggunakan logo Warisan.

“PKR tetap akan gunakan logo PKR,” kata Ketua Penerangan PKR Sabah, Simsudin Sidek kepada Malaysiakini.

Simsudin diminta mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan hari ini bahawa DAP Sabah memutuskan akan bertanding di bawah bendera Warisan pada pilihan raya negeri Sabah.

Amanah pada 2 September lalu juga memutuskan untuk bertanding menggunakan logo Warisan.

Warisan mengetuai pakatan politik dengan Pakatan Harapan (PH) dan Upko sebagai sekutunya.

Presiden Warisan, Shafie Apdal sebelum ini berkata beliau tidak akan memaksa sekutu parti itu menggunakan logo bersama jika mereka enggan berbuat demikian.

Walaupun terdapat perselisihan mengenai logo bersama, PKR dilihat berpuas hati dengan hasil rundingan kerusi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker