PRN Sabah: Dap terdesak guna lambang Warisan

Calon DAP bertanding guna lambang Warisan

Calon DAP akan bertanding pada Pilihan Raya Sabah menggunakan lambang Warisan.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng dalam kenyataan mengumumkan perkembangan itu berkata ia keputusan yang sukar tetapi hanya barisan yang bersatu boleh menang pilihan raya.

Sementara itu Lim Guan Eng mempersoalkan pengaturan masa untuk 2 pertuduhan baru yang akan dikenakan terhadapnya di Butterworth, Pulau Pinang Jumaat ini, iaitu sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah.



Setiausaha Agung DAP dan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat rasmi daripada Sururuhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pertuduhan baru sehingga hari ini.

Dua pertuduhan baru di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu dipercayai ada kaitan dengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Saya hanya baca mengenainya melalui laporan berita minggu lalu. Dan apabila berita itu disiarkan, saya sedang berkempen di kawasan pedalaman Sabah,” katanya selepas menghadiri kes rasuahnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker